Baru balik dari Hong Kong.Kali ini pun tak guna tour atau travel agency.Semua sendiri handle dan main person yang organize trip ni tentunya pemilik blog ni.
Hong Kong lain daripada Korea Selatan.Rasa macam jalan kat Korea hari tu senang je tapi Hong Kong ni err..complicated sendiri.Dulu kat Korea kalau tenung subway map lama-lama,ada je yang tegur,nak bantu tapi Hong Kong ni tak ada heheh.
Seperti biasa,makanan halal merupakan salah satu benda penting yang dah di-survey sejak dari Malaysia lagi.Hasil daripada catatan Malaysian yang dah ke Hong Kong ramai sebut Chungking Mansion.Oh antara yang restoran halal yang popular among Malaysian is Ebeneezer's Kebabs&Pizzeria.
Kami ada juga makan di situ.Tapi berbanding dengan tempat makan yang saya akan recommend ini,Ebeneezer agak mahal.Ini adalah kerana Ebeneezer ini dah berkembang maju,dia dah jadi macam franchise,dah ada di beberapa tempat di Hong Kong.
Okay.First of all,direction!Like I said before Hong Kong ni bagi kami la agak complicated.Tanya locals pun asyik geleng kepala je.Paling bagus kalau beli sim card dari kedai 1010 kat airport.Terus ada internet.Tak silap 5GB for 8 days.
Cara paling senang nak pergi Chungking Mansion is taking the MTR.Turun kat Tsim Sha Tsui Station.Cari Exit L1.Tsim Sha Tsui Station ni bersambung dengan East Tsim Sha Tsui Station.Exit L1 ni pulak tangga bukannya escalator.Ada sekali tu kami ke sana dengan beg pakaian.Berpeluh la jugak mendaki tangga tu.
Naik je tangga,jalan ke kanan.
Nampak permandangan macam gambar ni..Across the street is SOGO.Sampai di intersection,jalan ke kanan lagi.Akan nampak tempat tunggu bas dan kedai-kedai.Across the street are malls.Be alert.One of the building(sebelah kanan anda) ialah Chungking Mansion.
Depan Chungking Mansion ni banyak foreigner dari Pakistan/India.Diaorang ni nak promote kedai diaorang.Bagi pamphlet pastu ikut kita sambil cakap "Sister,come to this shop.Halal!Halal!" Dua,tiga orang kerumun kami masa first day kami sampai Chungking Mansion.Keep on walking.JANGAN STOP.Buat dek je.Bukan apa sebab lepas tengok pamphlet yang diaorang bagi,makanannya mahal!
Masuk Chungking Mansion,jalan straight jumpa tangga.Naik tangga tu.
Ha nampak tak kedai orange tu?Tu lah Bismillah Kebab House.
Ta dah~Haha sempat snap menu XD Oh makanan wajib order kami setiap kali makan kat Bismillah Kebab House ni BFC(Chicken with Biryani Rice).Yang row atas,dua dari kanan.Harganya HKD 60 so macam RM 30.Makan satu pinggan tu dua orang sebab nasi dia banyak and dia bagi dua ketul ayam.Lagi satu kat sini suka minum sweet Lassi dia.Sedap.Oh ya kat sini jugak kami cuba Turkish sweet,Baklava.Sampai kat Malaysia mengidam pulak dengan Baklava ni haha.
Artikel yang sangat menarik, Bisnis Franchise Menggiurkan buat yang ingin memulai bisnis
ReplyDelete