Monday, 18 May 2015

Bertudung

Asal tak bertudung je,kena bash bila post Islamic quote.Bila kita cakap yang baik-baik tentang Allah pun ada sahaja comment 'Pakai tudung dulu,baru boleh....'.Dan yang selalu buat macam ini adalah kaum lelaki,Aku dah naik rimas dengan orang macam ini.

 Aku sekadar bersabar sahaja.Sebab orang macam ini hanya mampu berkata-kata di dalam Internet,meninggalkan comment kat ig artis dan menggunakan akaun fake dengan gambar Barney sebagai profile picture.

 Cuba bayangkan kalau dia kenal kita, satu kelas atau satu pejabat.Dan apa kata kita ni boss dia?Berani ke? Ataupun kat Instagram tu tak boleh buat fake account? Semua personal info kita terpapar seperti nama,tempat tinggal,nama sekolah dan nama pejabat? Tak berani kan? Sebab orang yang awak bash ni boleh nampak diri awak yang sebenar.Sebab mana tahu satu hari nanti orang yang awak bash tu lah satu-satunya orang yang boleh tolong awak masa awak susah,nak ke dia tolong awak lepas dapat tahu awak la orang yang bash dia?

 Semua orang yang buat begini,ya aku kata SEMUA,semuanya berfikiran kolot. Yang tak ada kerja lain atau motivasi diri.Sebab orang lain sibuk belajar,berkerja,menjalani kehidupan sendiri,dia pulak sibuk tweet mengarut ataupun leaving comments kat Instagram orang lain.

1 comment: