Tuesday, 25 November 2014

Interview Program Ijazah Dalam&Luar Negara Cemerlang IPMa a.k.a Interview MARA 2014

 Mak aih panjang lebar title post ni XD Anyway,lepas menduduki SPM 2013 dan mendapat keputusan 8A dan 1B+,akhirnya aku berjaya dapat tawaran daripada MARA.

  Tahun ni pelik sikit,kena buat psychometric test first secara online.Pastu baru pergi interview.My interview 27 of April di Kolej Mara Seremban.MARA suruh pakai baju tshirt lengan panjang for girls,seluar track dan kasut sukan jadi ada banyak rumors kata MARA nak buat fitness test.LOL tapi tak ada pun.

 Masa aku tengah prepare interview MARA ni,aku banyak baca blog-blog lain tentang pengalaman orang lain.Sememangnya interview MARA ini dikendali dalam bahasa Inggeris.Nasib baik jugak aku selalu communicate dalam bahasa Inggeris so tak ada masalah sangat.Tapi nampaknya tahun ni diaorang nak buat lain sikit interview ni jadi tawakal sahaja la.

 Interview aku pukul 2 petang dan aku sampai memang awal di Kolej Mara Seremban.Aku sekadar makan roti di dalam kereta sebab tak ada selera.Waktu Zohor dah masuk jadi kami cari surau.Apa yang sangat mengecewakan ialah aku tak dibenarkan menggunakan surau di bangunan utama sebab surau tu hanya untuk staff sahaja.Aku bukanlah pelajar di Kolej Mara Seremban tu(at least not yet) malah boleh dikatakan seorang tetamu tetapi ada staff perempuan dengan tegasnya cakap aku tak boleh solat di surau tu dan kena menggunakan surau pelajar yang berada di bangunan lain,

 Arghhhh pissed off sangat masa tu.Surau tu bukannya penuh pun malah ada beberapa staff perempuan yang sedang baring dalam surau tu.Tak apa la mak cik,we all have our moments.Akhirnya aku decided untuk solat jamak takhir..

 Pada pukul 2 petang,pelajar dibenarkan masuk ke sebuah dewan ni.Apa yang irritating ialah apabila ibu bapa pun berdiri di depan pintu masuk dewan tu dan menyesakkan suasana.Akhirnya aku pun terpaksa menyertai sesi kedua(dan habis interview ni pukul 5 padahal kalau dapat sesi 1 aku dapat balik seawal 3 petang)

 Akhirnya aku dibenarkan juga masuk dan kami dibahagikan kepada kumpulan.Satu kumpulan dalam 10 orang dan mereka akan cuba memastikan setiap kumpulan balance ahli perempuan dan ahli lelaki.Selepas menyerahkan some personal documents(salinan IC dll) kami berbual-bual kosong.Yg paling awkward ialah apabila kitaorang main game untuk hafal nama semua ahli kumpulan,Just in case :D

 Apabila tiba giliran,kami dibawa ke tingkat atas dan masuk satu bilik ni.Kami semua duduk di kerusi meja yang disediakan.Kerusi meja tu disusun dalam dua kumpulan(5 orang satu kumpulan).Sebab ada 6 perempuan dan 4 lelaki,ada seorang budak perempuan ni kena duduk dengan 4 lelaki.Aku pulak antara orang yang cepat duduk jadi dapat la semua ahli kumpulan perempuan.Ada 4 orang lecturer,all women(yup they told us that they're the lecturers in Kolej Mara Seremban.Excited juga la,berangan jap mereka bakal lecturer aku.)

 Kami diingatkan supaya hanya berbahasa Inggeris sepanjang interview ni,even during discussion.Ada brief introduction session(basically tell them your name and what course you apply for).Atas meja ada beberapa helai surat khabar,4 lidi,gunting,benang & pita pelekat.Task kitaorang ialah untuk buat layang-layang yang boleh terbang.Bersyukur jugak dapat task ni sebab ada kawan yang kena buat ketupat.Sememangnya aku hopeless bab ketupat ni jadi nasib aku baik.Tak silap aku kami diberi 15 minit?Lecturers ada datang untuk memantau discussion kitaorang.

 Lepas tamat masa membuat layang-layang tu,kami disuruh untuk terbangkan layang-layang yang dibuat tadi.Kalau layang-layang tak boleh terbang,kena bagi reasons kenapa layang-layang kitaorang tak boleh terbang.Layang-layang kumpulan aku memang tak boleh terbang.Alasan kami our kite is not strong enough,there's not enough wind.Masa bagi reasons ni aku sekadar tambah-tambah je.Hmm adakah tu my first mistake?

 Kumpulan lagi satu pun tak boleh terbang walaupun mereka berlari dengan bersungguh-sungguh dalam bilik tu tapi reason mereka lagi dynamic,siap cakap tentang aerodynamic,stream line and air pressure.Mungkin tu kot yang lecturers tu nak dengar?Malah masa mereka explain,physics lecturer yang ada dalam bilik tu mengangguk-angguk(tanda setuju kot?)

 Lepas tu ada individual assessment.Ingat lagi soalan tu; 'There's a special school opened in Melaka for pregnant teenagers.Do you agree with this school?' Mereka bagi a minute untuk fikir points for this question.Lepas tempoh seminit,tiada siapa pun nak start first.Aku agak pelik juga la sebab kawan-kawan yang pergi interview di Kolej Mara Banting hari sebelum tu kata semua berebut untuk jawab dulu jadi aku memang dah bersedia untuk tidak berebut dan jawab kemudian.

 Lepas 10 seconds of pure awkwardness,aku pun angkat tangan dan berdiri.Huish mesti kawan sekolah tak percaya aku volunteer first.Aku pun cakap aku setuju dengan sekolah ni.Antara point aku ialah(yg aku ingat la);

1.Everyone make mistake,especially young people.But if we didn't help them,they will continue making mistake,like throwing the baby.
2.Pregnant teenagers could still continue studying.
3.Moral support.
4.Dan selebihnya aku tak ingat

 Lega jugak jadi first ni.Lepas tu aku relax dan dengar the rest punya answer.Satu tip aku ialah mendengar orang lain punya answer.Nampak beradab dan tak rude malah korang boleh elaborate jawapan diaorang.

 Apabila orang terakhir dah jawab,kami keluar dan masuk another room.Kat situ kami diberi satu kertas(case study?) dan perlu discuss.Yang ini,aku tak ingat sangat tapi soalan tu ada kena mengena dengan study di luar negara.Oh ya,tak silap aku kitaorang kena discuss advantage and disadvantage belajar di luar negara.

 Yang paling aku ingat interviewer tu tegur kumpulan kami ni suara perlahan sangat.Malah his exact words "Excuse me,we are not planning to rob a bank here people." Haha dush kan dah kena.Lepas kena tegur tu mula la rancak kami berdiskusi.Macam biasa,group discussion kena hormat-menghormati,apatah lagi kami ada 10 orang.Antara point yang aku ingat ialah memang university di luar negara lagi canggih and moden tetapi yuran mereka juga lebih tinngi dan banyak pelajar luar negara dibebani student loan.

 Best jugak dapat soalan ni.Banyak point yang kami dapat cakap.Btw,masa discussion ni kami semua duduk di lantai.Kemudian kami duduk dalam satu line.Dapat soalan 'Ada dua orang,ibu dan anak di tengah-tengah train tracks and ada speeding train yang menuju ke arah mereka,Sebagai driver train tu,anda ada 2 pilihan.First,tekan break dan 2 orang tu selamat tetapi anda dan 8 lagi penumpang akan terkorban.Second,tak tekan break,langgar 2 orang tu tetapi anda dan 8 penumpang tu selamat.What would you do?'

 Aku orang yang ketiga jawab soalan ni.2 orang sebelum aku semua jawab first choice,selamatkan 2 orang tu.Turn aku je,aku jawab second choice sebab kalau aku tekan break,9 orang termasuk aku akan terkoban tapi kalau aku tak tekan break,hanya 2 orang akan terkorban.Aku ambil risiko jugak sebab jawab 2nd choice tapi lepas tu ramai jugak yang jawab 2nd choice.Lega la jugak.

 Final part is kitaorang kena rate our teammates(1-5).Ramai jugak yang aku bagi full mark,Kami boleh balik lepas tu.Sempat begambar dengan teammates dan bertukar nombor dengan beberapa orang.Kawan aku yang interview kat Banting cerita mereka siap buat whatsapp group untuk 10 orang tu.Friendly sungguh.

Adakah aku dapat MARA?

Cehh cerita macam confident sangat dalam interview ni tapi jawapannya ialah TIDAK.

 Ya,aku tak berjaya mendapat tawaran MARA ni.Walaupun aku kecewa tapi aku percaya rezeki aku bukan di sini.Yang kelakarnya kawan interview yang aku ada nombor diaorang semua tak dapat MARA malah kawan sekolah aku semua tak dapat MARA.

 After a few weeks,mama admit yang dia berdoa agar aku tak dapat tawaran MARA ni.Nak ketawa aku.Mak-mak yang lain semua berharap yang anak mereka dapat ke luar negara tapi mama pulak berdoa agar aku TAK DAPAT tawaran MARA ni.Memang tak boleh nak cakap apa dah sebab doa mak kan penting?Dan doa mama memang telah dimakbulkan.Btw,lepas tu aku dapat tahu kawan aku,Farah dapat tawaran JPA ke France(or German eh?) tapi family tak bagi dia ambil tawaran tu.

 Tapi sekarang ni aku fikirkan balik,sememangnya ada hikmah aku tak dapat MARA ni.Everything happens for a reason.