Ini ialah antara sebab utama blog ini
dibuat.Jadi,entry ini mestilah dibuat kan ?
Rancangan untuk ke Korea Selatan
ini dibuat sejak tahun lepas. Since then I did some research and blog hopping.
Tetapi,kecewa. Tak
semua blog membantu. Bersyukur jugak masih ada blog-blog yang sangat
membantu. Masalah utama blog-blog ialah bahasa yang digunakan sukar difahami.
Titew,yeww,sayew antara yang sering digunakan. Maklumlah,pemilik blog ini
merupakan pelajar baru habis SPM jadi pelajaran Bahasa Malaysia masih lagi
diingati (Jangan risau,blog ini tak akan menggunakan bahasa baku tetapi pemilik
blog akan sentiasa cuba menggunakan bahasa pasar yang paling mudah difahami).
Anyway,back to the main
point. Flight merupakan perkara pertama yang kami book. Kelakar juga sebab masa
nak book baru perasan passport Abah dah nak expired jadi renew dulu passport
Abah. Kami sekeluarga memilih Malaysia Airlines(MAS). Mula-mulanya,cadangannya
kami memilih Air Asia yang lebih murah tetapi selepas berbincang dengan Mama
dan Abah,mereka memilih MAS. Antara faktor memilih MAS ialah Mama yang serik
naik Air Asia. Dulu,semasa Mama dan Abah sering melancong(before I was
born),flight Air Asia yang dinaiki pernah delay a few hours.Rasanya masa itu
mereka bawa arwah wan(panggilan nenek) jadi Mama memang serik dengan Air Asia.
Aku dan adik memang tidak pernah naik Air Asia sebab yelah,kami bercuti semua
masih ikut parents lagi. A year ago,rakan baik Mama yang naik Air Asia pun
complain sebab katanya ada hidden cost jadi rasanya Mama memang tidak akan
menaiki flight Air Asia lagi. Plus suasana LCCT yang kurang selesa untuk mak
cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Abah pun setuju dengan keputusan
Mama.Fortunately,masa kami book flight,MAS ada promotion.
Percutian kami di Korea Selatan
merupakan family vacation jadi semua budget traveler atau backpack traveler
won’t find this blog useful(I think).Tapi,apa salahnya berkongsi pengalaman kan?
P/S:I suggest
semua yang merancang untuk melancong(ke mana-mana sahaja) periksa room rates di
Agoda.com . Harga di sana biasanya lebih murah daripada website hotel.